pEnGiKuT AkU™

Saturday, August 20, 2011

Liverpool vs Arsenal™


Liverpool vs Arsenal. Sat 20th August 2011. 19:45. Emirates Stadium

malam ini. bertempat di Stadium Emirates, Liverpool bakal berdepan pasukan yang mengalami pelbagai masalah ketika ini iaitu Arsenal. Arsenal baru sahaja kehilangan tonggak dan kapten iaitu Fabregas yang telah meyertai kelab lamanya, Barca. Ianya adalah satu impak dan tekanan buat Arsene Wenger pengurus Arsenal dan pasukan kendalian beliau. 

Bukan sahaja Fabregas, Clichy pemaen pertahanan kiri Arsenal adalah pemaen pertama yang angkat kaki dari Arsenal dengan menyertai Man City. dan kini Samir Nasri pengerak bahagian tengah Arsenal telah dikatekan menolak tawaran untuk kekal di Emirates dan kini hampir pasti menjadi milik Man City jgk mengikut jejak langkah Clichy dan Adebayor musim sebelumnya.

Ini barisan yang tidak mungkin bermaen pada malam ini menetang Liverpool : Djurou Gibbs, Rosicky ,Song, Gervinho ,Diaby, Traore, Wilshere,dan Nasri. Namun ade sumber yang mengatakan Arsene akan menurunkan Nasri bagi menguatkan lagi barisan tengah. 

Pengolakkan yang berlaku di Arsenal boleh di katekan sebagai salah satu faktor utk Liverpool memungut 3 mata penuh di Emirates. Namun begitu bola itu bulat. Arsenal adalah pasukan yang tidak boleh di pandang rendah. Liverpool perlu berhati hati kerana kite tidak mahu kehilangan mata mahupun kalah pada malam ini. misi utk mendapat 3 mata penuh malam ini perlu dibuktikan. letak tepi ape yang berlaku di Arsenal. kita pernah mengalami situasi yang sama seblum ini namun sekarang era kegelapan telah berlalu. perlu memungut 3 mata penuh malam ini!


Ketiadaan kapten Steven Gerrard jelas terasa. namun kepercayaan perlu di letakan pada barisan pemaen tengah yang kini di tunjangi oleh Charlie Adam, Downing, mahupun Kuyt. Aquilani maseh samar masa depan beliau di Anfield. ape ape pun aku mengharapkan malam ini Liverpool dapat memecahkan dominasi 11 tahun Arsenal di tempat sendiri. 11 tahun Liverpool gagal utk memungut mata penuh dan malam ini Liverpool harus dan perlu memecahkan rekod tersebut.

Barisan kemungkinan yg akan turun pada malam ini ialah :
GK - Reina
DF - Agger, Carra, Enrique & Kelly
MF - Adam, Lucas, Downing & Kuyt
ST - Suarez & Carroll

KK telah mengantikan Henderson di sayap kanan dengan Kuyt dan Kelly di bek kanan bagi Flanagan. bagi aku barisan ini boleh menciptakn banyak gol dan serangan yang menarik bagi merobek benteng Arsenal. ape ape pun same same kite saksikan perlawanan yang akan berlangsung jam 745 malam ini. di harapkan 3 mate penuh dan "clean sheet" akan di cipta malam ini. 

#YNWA

No comments: